Sunday, 17 August 2014

Hari raya

Hai , lama takupdate kan, ape khabar ? Sihat ? Sedar tak sedar dah nak penghujung raya kan. Cepat sangat masa berlalu, memandangkan malam malam gini taktahu nak buat ape, saje nak ajak bercerita nak ajak berbual. Tengah buat ape ? Tahun ni raya lain sikit dr tahun lepas. Sebab tahun ni raya banyak duduk rumah, pegi beraya pun ada laa sekali dua. Entah mungkin dah besar, dah malas nak kesana sini.  Tapi apa pun raya tetap yg paling istimewa.
Raya kadang ada beberapa part kite rasa raya ni sungguh bermakna, didatangi dengan kebahagiaan. Kebahagiaan keluarga, kekasih yg dicinta, kawan kawan suka dan duka, bagi aku raya ni suatu yg paling istimewa. Alhamdulillah belum pernah dalam sejarah hidup aku, setiap kali hari raya, aku, keluarga bersedih. Bersyukur. Sungguh bersyukur.

This year tahun 2014 tahun yg orang kata dahh bukan budak budak lagi, bukan belasan tahun. Tapi mungkin tahun awal yg kane belajar lebih matang.
Aku still macam ni. Sama macam tahun tahun sebelum ni. Tapi cuma tahun ni raya lebih bermakna sebab raya tahun ni dengan orang baru, iyee tahun lepas pun dahh mula nak onyong onyang tapi tahun ni lebih rapat, lebih erat hehe. Kadang aku senyum sorang sorang. Bertuah sekali hidup aku, dengan kesederhanaan ni aku boleh buat hidup aku senyum gembira dengan asam garam hidup. Walau sentiasa masalah tu datang tapi still boleh tersenyum. Mak abah dengan keadaan yg sihat, abg arai, abang emi, sapik, eisya dan orang baru dalam keluarga ni adik aamir buat sesuatu yg tak ternilai berharganya. Aku terpikir keluarga ni anugerah hadiah untuk hidup kita. Tepulang pada diri kite nak jaga nilai hadiah ni macam mana, sebab hadiah kita terpulang pada kita,

Apa sebenarnya yg kite nak dalam hidup ni ? Kita tanya diri kita. Bagi aku tak ada apa yg lebih bermakna bila kita dapat ubah hidup kita jadi yg lebih baik. Haha tengok gaya bercakap dah macam pendakwah bebas, okay okayy tukar nada bercerita.

Kadang kadang hidup ni kelakar taw, bukan kelakar nak ketawa terbahak bahak tu, tapi kelakar yg boleh buat aku senyum sinis , bila kita buat baik, orang balas macam sampah, bila kite setia, orang balas dengan mendua, bila kita ikhlas, orang balas dengan dusta. Perkara biasa rasanya. Nak cari yang bebetul ikhlas tu mungkin sepuluh dalam seribu. Okay kite jangan cerita pasal orang laa cerita pasal diri kite sendiri. Apa kadang tu kau ikhlas buat sesuatu ? Mungkin kerana terpaksa untuk jaga hati orang. Sebab kite ni telah dihantukan dengan banyak kata kata yg lebih menjaga hati orang. Kelakarrr.

Hmm cuti pun dah habis, now dah sem 8 maknanya sem last, sem yg banyak kena belajar. Dann maka bermulalahh perasaan yg bercampur baur. Sem bahagia barangkali. Tahun last yg kena banyakk sabar. Kena sabar itu ini. Jangann cepat merungut InsyaAllah. Sekali je, sekali kite kuat selamanya kite kuat. Entahh kadang perasaan terasa tu jangan bagitahu kat orang kan. Tapi ada satu perasaan yg perlu dikongsi sama sama, kongsi atas bahu dia. Dy ketenangann untuk luah semua rasa. Ehh maluu laa. Hik

Tuhan, betapa aku bersyukur hidup ni terlalu indah, bahagia ni tak dapat diungkap dengan mulut, ada yang selalu bersedia menolong, ada yg selalu mendengar, yg selalu memberi kasih, orang yg tak pernah jemu melayan perangai buruk ni, perangai ngade, sungguh aku menghargai, menghargai cinta yang ada. Tahu ? Walau ada beberapa masalah tu datang, Allah bagi beberapa orang untuk sama sama rasa masalah ni. Tetap bersyukur. Sesekali tinggalkan sikit kesakitan semalam untuk kite hargai nilai harini.

Semoga hidup ni berjalan lebih baik caranya. Jumpa lagi bye :) selamat hariraya

Wednesday, 2 July 2014

Ramadhan ya Ramadhan

Ramadhan datang lagi, puasa akhir rasanyaa jadi seorang student, insyaAllah tahun depan lain pula situasinya. Alhamdulillah jumpa lagi untuk puasa tahun ni. Panjang umur, takbanyak bezanya tahun ni puasa dengan tahun lepas. Apa apa belajar hidup berdikari, apa apa sendiri, hidup ni jangan terlalu mengada sikit sikit nak itu nak ini. Entah aku jadi menyampah pada orang yg tak reti nak berdikari. Ehh sass kau lelebihh pulak -.-"

Puasa yg sama, still duduk rumah sewa, still dengan orang yg sama, still dengan kekuatan yg sama. Even orang buat sampah still chill. Haihh kau betul betul mencabar laa. Duduk nak tapi bayar macam puuu, brr ! Dugaan tu tak pernah berhenti datang, lepas satu satu masalah, kenapa ye ? Kadang cakap diri ni kuat tapi hakikatnyaa, hmm sekarang ni ape pun yang datang, aku belajar untuk ikhlas, ikhlas semuanya. Terima dengan hati yg terbuka. Senyum tuu penawar dalam setiap rasa, even sakit macam mana sekalipun hati ni, sekali senyumm insyaAllah dipermudahkan :)
Betullah kata orang, dalam 10 tuu tak tentuu semuanya yg sekepala. Sabar sas, sabar. Biar orang buat kite kan jangan kite buat orang.

Puasa tahun ni lain sikit, entah kenapa, maybe sebab abg arai dah jauh sikit, then tak ada tempat nak mengadu itu ini. Makan punn iye iyee je, duluu masa abg arai duduk bawah, yaAllah mewah, cakap je nak ape, semua ada. But now, hmm hmmm sendiri usaha.
Teringat dulu masa sem 1 first first puasa jauh dengan mak abah, sahur sengsorang, buka sengsorang, waktuu tu pergh airmata macam ape entah sedihnyaa, maklumlah takpernah jauh dengan mak. Selalunya makan terhidang, ni ape ape kena buat sendiri.

Kadang aku rasa aku juga orang yg beruntung sebab, hidup ni tak pernah susah sendiri, ada je yg datang sama sama ganding bahu, kawan ni macam macam, aku sendiri boleh baca kawan melalui dahi, haha hebatkan. Kawan ni takbaik takpe, yg penting sekepala. Hmm deep sangat.
Nanti kan one day mesti rinduu nak sahur sama, nak buka sesama, ya Tuhan, kuatnyaa aku kat sini ada sesuatu yg dipinjamkan.

Sebenarnyaa aku tak sampai lagi nak cerita ape kat bulan puasa ni, tapi still nak menaip untukk luahkan sesuatu.
Okay ada satu part bila puasa yg tak akan pernah lupa, stay sampai sahur untuk dengarkan orang purpose, kadang tersenyum sendiri. Terindahnyaa awak dalam hidup ni. Syahduu kot pepagi gituu ada orang melamar, hihi paling bermakna puasa tahun lepas, dan yg paling penting Alhamdulilah hati kite masih bersama untill now, Tuhan tuu adil, seadil adilNya,

Bila puasa then raya, okay raya cerita nanti, okbye selamat malam,

Wednesday, 4 June 2014

Something :')

Nangis.
Nangis tuu perkara biasa, semua orang boleh nangis, ada yang nangis sedih, ada orang nangis sebab maybe dy gelak terbahak bahak, ada yang nangis sebab terharu, adaa juga orang nangis sebab bahagia. Bagi aku, nangis ni luahan perasaan, nak nangis nangis laa, bukan salah, bukan hina :)

Aku ? Aku nangis ada dua sebab, kalau tak sedih, aku nangis sebab terharu. Kalau Tuhan tuu adil bagi ape yg sepatutnya kite dapat, tadah tangan dan nangis. Hidup ni jangan riak bangga dengan huhahuha sana sini. Aku suka nangis. Nangis untuk ape je. Nangis pasal cinta, nangis pasal mak abah. Nangis pasal kawan. Ahh semua laa. Pasal cinta ? Ahh tuu perkara biasa, mana mana perempuan pun mustahil kalau taknangis, kadang kite silap, orang pikir kite ni naangis sebab frust putus cinta. Hmm hmm tu biasa, tapi kalini aku taknangis sebab kecewa.

Bahagiaa ni kadang takterluah dengan mulut, nak senyum bahagiaa punn dah taklaku, so aspek paling mudah nangis, all about word come from him mouth is all about happiness, kenapa ? Sebab aku cari sesuatu keikhlasan lelaki. Nyata, aku jumpa, tupp ! Datang terus tuju dalam hidup aku. Hahaha Takbanyak benda yg boleh buat aku termenung sengsorang berangan. And now i got it. Got something yang orang lain masih mencari. Yakin, iye seyakinnya. Untuk tarikh keramat tuu start 31/7 till nows day, langsung satu ape pun takpenah kecewa. Iyee memang macam baru lagi tapi kau tahu macam mana sehari tuu macam rasa seminit sesaat kalau berbual bergurau. Ya Tuhann siapa lagi yang nakk layankann aku. Tak ada siapa dah kalau bukan dy. Senyumm even waktuu tu down habis, bukan senyum dapat duit ke ape, cuma rasa senyum tuu sebab bahagia.

One this word kalau dua dua saling memberi tak ada yg kecewa. Iyee. Cuba kalau satu pihak je pulunn bagii cinta bagi kasih sayang, and thiss one person langsung takbuat ape. Kau tak kan rasa ape ape sebenarnyaa, tuu maknanyaa kau buang masa. Cerita buang masa ni dahh basi dalam hidup aku, ahh lima tahunn dengan orang yg salahh tuu, hmmm sakit renyok ! Biarlahh duluu, sekarang punn dahh dapat yg sangat2 terbaik. Aku takperlu bebanyak nama lelaki yg perlu ada dalam hati ni. Cukup ada family dan Haikal Azman, nama yg ubah kehidupan.

Simple.
Hidup ni berputar, kau buat sekarang nanti nanti kau akan dapat semula. Alahhh perkara biasa, kalau nangis duluu nanti one day senyumm lebarlahh kau. Kalau bahagiaa duluu, kalau bolehh nak mempertahankan, insyaAllahh akan tetap macam tuu. Dan aku juga rasa roda hidup ni berputar cantik ikut rodanya. Jadi sekarang ni jangan lupa nak terima kasihh, terima kasihh pada pemberi. Untukk harini Alhamdulillahh saya sayang awakk taw. Biar awakk jadi ketua hidup saya, jadi pemimpin saya bila nak melintas jalan, jadi guard untuk naikk lif. Sebab awakk je yg mampu buat :') hihi

Dewasa, kite akan cakap perkara ni, even duluu masa belasan tahunn dah pandai cinta cintaa, tapi sekarang biarlahh serious. Hidup kite biar kite yg uruskann :') Assalamualaikumm stalker goodnight !

Monday, 5 May 2014

Habis.

Habis..
Habis dahh untuk sem ni. Aku dahh lama nak update benda habis ni. Cuma tunggu tunggu ehh bila laa nak habis. And now semuanyaa habis. Tuhan.. kadang tu aku tak sekuat orang lain, aku mudah terasa, dari duluu lagi sampai nanti agaknyaa, perasaan ni akan tetap jadi. Macam mana orang takpernah rasa jatuhh, walaupun dy jatuh tapi tetap untuk ketawa. Aku senang bangga dengan orang, bila orang tu lebih aku sedih, ape aku taksama macam dyorang dyorang tu ? Ape aku ni terlalu banyak kurang nyaa ? Ape aku taklayak ada kat satu petak yang buat orang lain bangga ? Aku cari jawapan aku sendiri. Peduli orang nak kata aku ni cepat putus asa, cepat give up satu perkara tuu, iyee memang, memang aku macam tuu, kau kisah ape ? No one understand. Sesiapa punn boleh ketawa gembira. Aku belajar banyak kat sini, jadi kuat atas sakit sendiri.

Harini habis sem 6. Sem sakit rasanyaa, aku punn takberapa jelas ape yang aku belajar untuk kalini, tahu tahu je final, macam mana orang takpernah nampak kerja keras yang aku buat, mungkin jugaa silap aku yang banyak celoteh, aku tak kisah, biar ada yang nilai sendiri, aku ? Bukan perempuan yang lembut, bila mana adaa yang kata aku ni malas, tak ada kerja tahu nak membebel je, aku diam, aku nangis, apa besar sangat salah aku, ape orang nampakk aku ni terlalu banyak salahnyaa sampai baiknya langsung tak ada siapa peduli, kerja keras tapi orang lain dapat nama, aku biar. Aku set kat sini aku belajar, belajar terima semua ape orang buat,

Tahu ? sem ni banyak perkara yang tunggang langgang, berapa kali aku down pasal ituu ini, pasal event futsal harituu, down pasal malay cuisine, down pasal pastry , yang paling tuhan menguji bila mak sakit. Hati aku ni kenapa senang sangat jadi macam ni. Futsal, jangan cerita bila ituu yang aku rasa jatuhh habis hati aku, kau tak dapat bayangkan macam mana aku duduk menangis. Makan menangis, nasibaikk ada yang layankan :'( waktuu pagi sedang orang lain diulit mimpi, aku kena kaw kaw, Tuhann...
Entah aku senang memikirkann, seberapa tahan aku nak pikir aku pikir, biar orang kata aku cenggeng , ahh peduli, bukan kau yang rasa aku juga yang rasa,

Hidup ni berputar, kau tak akan selamanya kat atas, percayalahh...
Nanti bila masa kau jatuhh kau tengok orang yang yang naik tuu kau tahu betapa kau diam, diam tak cakap ape ape.
InsyaAllah jatuhh yang Allah bagi tuu tak akan lama, macam aku, sekejap je.
Tuhan tu maha Adil, nak cari keadilan manusia ni kau jangan cerita lahh semuanyaa bermuka muka.
Kat sini juga aku nak cerita, sebab bila aku taip, hati aku lega. Bukan maksud nak bagi semua baca ape masalah aku, tapi untuk cari keselesaan.

Yang paling tenang bila untuk sabar tahun ni, tahun ni je, biar busuk mana punn, tahun ni je yang rasa, biar sakit, sakit untuk waktuu ni. Kalau sekarang aku macam ni, untuk nanti aku ubah sikit. Sikit supaya orang taknampak jatuhh aku.

Sekarang kawan, bukan senang nak ada bila kau susah, mak abah orang yang paling rapat dengan kite punn tak tentu lagi boleh bantuu ke tak. Tapi ada satu perkara tuu yang aku cukup terharu saat ada housemate dan kekasih, Tuhan bagi dyorang untuk aku mungkin, bagi rasa ada sesuatu yang aku tak tak sorang :') Aku simpulkann, dalam hidup ni kena belajar hidup sendiri, sendiri untuk kau tak mengharap orang lain, sesiapa punn laa, bagi aku, tak ada erti susah senang kalau minta tolong sikit, alasan itu ini, haha kelakar. Sabar, nanti bila masa nanti, saat giliran kau, kau akan tahu maksudnyaa, aku terima :')

Ape punn sakitnya kalini dahh habis, biar ada yang nilai, biar ada yang tengokk sendiri macam mana. Tuhan bayar semuanyaa, kbye

Sunday, 13 April 2014

Mak :'(

Yaa Tuhan, aku takpernah kena macam ni , makk, orang sayang mak, mak jangan lahh buat orang takut, mak cepat baik. Nanti adik balik, kite duduk borak borak. Mak, adik sayang mak :'( mak lekaslahh sembuh. Aku jarang nangis sebab mak, jarang gelak sebab mak. Tapi bila sesekali aku nangis, macam nilaa. Nak balikk tengokk mak.  Semua keja aku buat, semua tak kena. Jasad je kat sini. Hati ngn pikiran dahh ada kat sana. Mak lekas sembuhh :'( dalam hidup ni, orang cuma ada satu mak, mak yang selalu masakann bila lapar, mak yang selalu berleter bila buat salah. Makk lekaslahh sembuhh :'(

Saturday, 29 March 2014

Pantai sana.

Pantai,
Semua orang sukakan pantai. Pantai ni bila masa kau ada masalah semuanyaa dibawa oleh ombak. Aku bukan hidup disekeliling pantai, bila sesekali datang pantai, aku lepaskan semua nyaa. Aku pikir biar semua masalah tuu dibawak oleh ombak, kadang rinduu pun biar ombak yang rasa. Duluu masa aku kat pd, aku takpernah terpikir pun yang ombak ni jemu. Bagi aku, biarlahh tak dapat tengok tv asalkan dapat tengok pantai.

Sekarang aku datang tepi pantai dengan orang baru. Bukan orang yang selalu duduk kat sebelah aku masa kat tepi pantai masa 4bulan haritu, tuu duluu, duluu yang takpernah bagi aku ape tu bahagia. Pantai ni sebenarnyaa bahagia. Tambah bahagia bila ada sesuatu kat sebelah diri kau. Even senyap tapi aku still rasa. Tenang sebenarnya bila dengar ombak, bagitahu aku, siapa tak suka ombak petang petang ? Aku jarang dapat rasa macam ni. Bila mana dapat duduk tepi pantai, aku layan perasaan habis habisan, biarlahh aku takmandi, biarlah aku sengsorang, yang penting bila aku tengok jauhh aku dapat lepaskan semua, iyee semua. First time duduk tepi pantai dengan awak dy, even selalu ngedate kat tepi laut danga tu, selalu awak bawa jenjalan pergi country garden tu, buka kasut main pasir, tapi tak terasa macam semalam. Walaupun kite takbanyak sangat berborak masa first first datang tu then tersasul pula panggil nama, alaahai waktu tu macam ee mulut ni kenapa ! Gatal sangat nak nyebut nama, alaa mintaa maaf. Awak tahu tak, awak seorang yang penyayang, saat sejuk awak yang peluk erat. Saat sakit kepala awak yang picit urut urut. Serious bahagia dalam setiap dakapan awak. Biar orang tengok kite macam mana, dyorang pikir saya datang takhappy. Tapi hakikat hati ni taksiapa tahu betapa bahagianyaa ada kat sisi awak seharian. Bila awak care sepenuhnya untuk saya, cukup buat saya sayang awak sepenuh

Kadang bahagiaa nyaa cinta ni takperlu nak tunjuk setiap saat kat orang, biarlah ada suatu part tu biar orang tahu yang kite bahagiaa. B terima kasih untuk satu tarikh 28.3.2014. Saya buang semua cerita lama, dan cipta semula cerita saya. Sebenarnyaa dah lama dahh buang cerita lama. Tapi tengok pantai, entah teringat sikit. TAPI ! Awak bagi lebih dr dy bagi. Sayang awak lebih dr dy. hakikatnya. Kadang kalau cerita lama tu datang, saya cari mata awak, saya luah semua sayang saya kat awak, cepat cepat cakap iloveyou kat awak, cepat cepat peluk awak, sebab saya tahu, buat ape nak ingat lagi, saya ada awak, iyee saya ada awak. Awak yang paling pandai jaga hati saya. Paling sabar dengan saya, paling kuat sayangkan saya. Awak paling istimewa b. Minta sayang sikit tapi bagi nya melimpah ruah. Nanti ada waktu kite picnic sesama lagi ye . Iloveyousomuch. terima kasih sampai ke harini.

Untuk kawan kawan aku, especially housemate gonjeng aku, korang ni gila kan. Pantang ada camera, madah nak gila je. Wehh dekat tangga tu, haha, sayang korang. Aku takpernah sebenarnyaa ada kawan yang nak melayankan karenah memasing macam korang, yelaa duluu sekarang lain. Bila kite duduk satu rumah kite tahukan perangai semua. Tahu luaran dan dalamanya. Dahh tak kisah orang kata. Kiranya kali kedua juga laa kite holiday cenggini, dulu masa pegi bp dengan perak , and now desaru . Terima kasih engkorang.

Sunday, 16 February 2014

Sabar

Dugaan ape lagi ? Satu satu datang, kawan ? Puas aku jumpa ramai kawan, kawan yang kadang kadang boleh jadi tidur sebantal dan akhirnyaa tetap menjengkelkan. Sakit hati, pernah peduli ? Aku kena badi ke cemana ni. Sorang sorang buat perangai, ape haa salah aku ? Sungguh sungguh takpaham. Nangis sebab benda macam ni dahh penat sebenarnyaa. Semua buat hal. Kaut dengan sabar tu satu perkara yang susah sebenarnyaa untu orang macam aku, gila tak marah ? Marahh tapi kadang kesiann. Bukan aku yang patut menghukum kau, tapi problem kat sini, aku sakit hati, kau ape tau, kau tak pernah kena macam aku kena, kau tak ada kat tempat aku. Pergi lahh semua pergi... Dari sakit hati baik semua angkat kaki. Malass dah laa nak cakap benda yang sama every day, dahh besarkan. Dah boleh pikir, tak kan kau nak tengok rumah kau berulat, rumah kau berlengas, tak kann, so pikir sikit laa, aku pun bukan pembersih sangat, yang nak detail, tapi aku tahu kalau rumah kotor nak buat ape, kau sibuk aku pun sibuk, sama je. Aku nak cakap lelebih pun karang kena batang hidung sendiri, cakap yang bukan bukan, so takpelaa, maybe habis belajar je nanti macam mana nak paham kan kau. Sigh k bye !

Wednesday, 12 February 2014

Lagi sekali.

Harini hari yang tak ada tuah ! Entahh kenapa, aku mudah terasa, terasa yang kadang kadang makan tahun lamanyaa.sabarlahh sas, ape orang buat kat kau sabar. Orang maki sabar, orang cari pasal, sabar. Orang takpernah nampak kebaikan kau, sabar. Semua lahh sabar :'(. Maaf kat sini juga kau meroyan, meroyan yang kadang kadang buat orang annoying, percayalahh tak semua orang boleh dengar setiap masalah kau sentiasa. Kau susah hati, no one care. Harini, dengan pening kepalanya, selsema, sakit kaki. Aku gagahkann juga hati. Ikhlaskann. Even tak ada sorang punn tahu, madahh nakk cari pasal, dikatanyaa takbuat kerja. Haha alih alih orang lain dapat nama. Terasa ? Ehh tak, aku tak rasa ape ape, tapi sekurang kurangnya hargai kerja aku. Haha kadang dunia ni tak adil :'(. Duluu pun hitu juga, panah kena jugaa, jadi macam takheran, tapi hakikatnyaa :/ Kenapa kenapa ? Siap dapat nama  'berkira
lagi'. Kau dendamm sas ? Ehh tak, aku relax je. Kadang kau cerIta dekat orang, sorang dua je paham. Sas jangan selalu mengadu nanti orang jemu :/ penat, penat jadi gini. Penat nak sentiasa jaga hati orang, hati sendiri punahh ! Kbye

Monday, 3 February 2014

Membebel.

Dalam hidup ni kite ada banyak pilihan, mana yang kau pilih untuk hidup kau, tuu yang kau akan dapat. Aku ? Aku belajar macam macam kat sini. Belajar untuk kuat, jangan terlalu terpengaruh, kadang hati kena kental. Bila kau nak buat sesuatu ingat orang yang lebih penting, ingat untuk bakal suami kau nanti, ingat untuk bakal isteri kau nanti bila kau dahh kahwin. Haha meleret pulak ehh .Aku tak ada ape nak dibebelkan sebenarnyaa, so please layankann aje. Nak baca tolong bagi habis, kalau taknak baca, please stop sampai sini. :D kau tahu tak, bila umur makin meningkat, sikit demi sedikit kite mula paham ape sebenarnyaa yang dunia ni nak. Duit ? Ahh takpayah cerita, mana mana guna duit, tua muda semualahh, mesti nak kena guna duit. Dan kadang kadang duit tuu mampu beli segala galanyaa. Tolong jaga hati kau sas. Mak kau hantar sini untuk cari sesuatu, bukann buat yang tidak tidak. Sabar.. Ape ape pun sabar. Sampai bila ? Sampai kau penat nak maki orang dalam hati. Yang mana takpaham cara aku, tuu yang susah sikit. Madahh nak cari pasal je, okay harini je pagi pagi lagi dahh buat aku sakit hati. Kasut gua beb :/ marah takmarah laa. Aku luah dekat sini sebab hmm biasalahh kalau cakap pum bukan ada siapa nak dengar, haha :D ehh aku dalam mood marah lagi ni. Bukan tak ada mulut nak tanya. Chai ! Brr ! Kau tahu tak, betapa susahnya nak cari orang yang betul betul bolehh ikut rentak kita, susah ! Yang ada pun, madahh nak ikut cara dy je. Layankann ape yang dy nak. Ehh kau ingat kau puteri ?! Kau dah besarkan, boleh hidup berdikari, madah nak mengharap orang pun takboleh juga. Ngade ! Manja ! Ehh kejap. Aku cakap siapa ni ? Ahaa pikir laa sendiri, siapa makan cili dy laa yang rasa pedasnya :D ok bye !

Saturday, 25 January 2014

Sas sas

Kenapa kau nangis sas ? Kau dahh buat terima jelaa. Kau nak ape lagi ? Nak nangis bagitahu satu dunia yang kau sedih. Kau dahh buat orang nangis, ni kau pulak laa yang kena nangis. Sas kau ni ngade sangat lah. Apa yang kau nakk sebenarnya. Kau kena ingat cinta sekarang tak sama macam yang duluu, duluu kau boleh laa saiko kan dy. Touching dengan dy. Now dahh takboleh dahh. Ingat sikit, dy lagi boleh buat kau bahagia, buat kau senyum, dulu adaa kau senyum ada kau bahagia macam ni. Tak kan. So please sas, appreciate sikit apa orang dah bagi kat kau :'( ni tak madahh nak buat dy marah dy sedih. Ehh sas kau ingat dy tak adaa perasaan. Sas, kan dahh cakap banyak kali, jaga perasaan orang, apa orang kata, biar kau sakit kau terluka takpe, jangan orang sekeliling kau sakit terluka :') kau nak emosi kau punya pasal laa . Ni tak semua orang kau masukkan sekali dalam hal kau. Apesal kau ni sas ? Sekarang baru kau tahu, tahu ape tuu kesunyian. Sama macam dulu. Ahh salah kau jugaa. Haha :D kau nak salah kan diri kau je selalu, iyelaa! Memang lahh diri kau yang buat masalah. Cari pasal dengan orang. Siapa lagi yang nak ajak bergaduh ? Siapa lagi sas ? Cakap siapa lagi ?! Hmm tolong lahh sas, kau ni degil ! Degil ! Apesal haa ? Abah tak ajar pun kau jadi gini. Hikk. Apesal kau ngadu kat sini ? Biar orang semua baca masalahh kau. Kau tengokk perangai kau , kau tengok ! Sedih laa sedih, sedihh sampai kesudah. Semua orang peduli ape, nak merayu ? Merayu ape ? Nak mintaa maaf berjuta juta kali. Kena ingat sas, ingat orang bolehh terima maaf banyak banyak, ehh kau minta maaf banyak banyak pun kau still buat lagi. Kau sedar tak. Tak kann. Sebab mana penah kau nak sedar, haha so padan muka laa ! . Hmm iyelaa, tidur duluu, bye !

Sunday, 5 January 2014

TAHUN BARU :)

Hai korang apa khabar ? Assalamualaikum , selamat tahun baru semua. Saja nak update kali ni sebab dah tahun barukan. Saja laa nak flashback cerita lama. Cerite sepanjang tahun 2013.
Tahun 2013 yang banyak cerita. Starting dari 7/1 pegi practical, sepanjang practical yang banyak mengajar aku erti kekuatan, kekuatan apa ? kuat untuk tahu apa tu kerja. Second mengajar aku erti kawan. Untukk pika, aku still ingat kenangan apa yang kau buat kat aku. Sedih ? gila tak sedih ! tapi aku still happy. Tapi Cuma aku nak cakap, kawan jenis apa kau ni ?kau masalah dengan aku, mak kau sekali maki aku, aku hormat mak kau, even masa tu menggigil tahan marah. haha satu ayat kau tak akan aku lupa “aku takhadap nak kawan dengan korang” perghh betapa luluhnyaa hati aku, sebenci benci aku dengan orang, aku takpernahh nak kata macam tu. haha *evil laugh. Aku benci gile dekat kau ! aku tak akan pernah lupa taw :’). Entahh kadang kadang tu aku pikir tak ada siapa yang paham aku. Iyelaa semua pandang aku salah, hati busuk. Kena aku mintaa maaf, berbaikk dengan dy, yaAllah, cukup maaf aku ditolak, tak ada harga, nak aku mintaa maaf lagi :’( sory aku tawar hati .
Flora, yang ni lagi sorang, aku nak jumpa kau depan depan mata, nak Tanya apa masalah kau ? apa sebenarnyaa salah aku ? aku dahh cukup jaga hati kau, aku ajak sama sama duduk dengan aku, ehh alih alih tarik muka dengan aku, takpaham laa, kau macam budak budak kecik laa sama je macam pika ! langsat ! then nama yang tak asing lagi ira. Ni perempuan keras kepala, slowtalk banyak kali pun, still macam batu, tapi takpelah, yang penting aku puas. :D malas erita lebih pasal kau. Buat sakit hati je. Setahun, tiga orang pegi, apa jahat sangat ke aku ni ?
Untuk keluarga aku “FAMILY IS EVERYTHING” mak, abah, abang, kakak, abang aria, sapit, iesya. ILOVEYOU J
Okay nak terima kasihh kat housemate, especially pizah ! gua sayang luu minah . orang yang selalu ada bila aku susah senang, kau kawan yang paling aku sayang. First time jumpa orang yang tak kisah macam kau. Taklupa jugak yaa, lina and teha, even teha tuu macam tuu tapi still nak tolong tolong, arghh teha, selalu kena perli dengan yaa, haha. Lina yang sentiasa backup .yaa  yang ada bilaa rasa nak gaduh. Korang memang housemate yang sangat sangat terbaik.
Ni nak cerita pasal twinvaa, kawan dari sekolah, sekampung. Jane, terima kasihh bagitahu pasal yang pasal budak palong tu. Cukup buat hati aku tersentak, kawan baikk aku bolehh tuduhh gitu.kau ajar aku selalu piker positif, aku sayang kau J ehee. Buat dayu, meen, miza, shima, ika, fie,ela aku rindu korang, rindu nak lepak ramai ramai.mira, kau kawan yang sangat baik, sebab apa sangat baik, sebab kau bg murah masa aku beli barang cake haritu. Aku terkejut gila kau bolehh relax bg harga cenggitu. Cayaalaa. Aku rindu korang semua :’(

Nama yang aku rasa cukup ceria, kakmira. Start dari practical until now, selalu Tanya tanya khabar, takpernah terputus. Still nak gurau gurau. Rinduu kau laa kak :D bella pun. Yang takpernah kisah. Rindu GLORY. Rindu sangat.

Okay nama yang aku simpan dalam masa 5 tahun, ehh tu dulu laa. Entahh aku benci gila kat kau. Lelaki yang takpernahh nak menghargai. Dol 5 tahun is nothing laa. Macam mana aku bolehh sabar dengan kau ek, perghh cukup bagi aku kenangan.

Last name is Haikal Azman. Taktahu nak gambarkan macam mana perasaan ni. Everyday, eyernight, everymorning takpernah lupaa untuk ingat nama ni. Seriously saya bahagia dengan awak. saya berhenti cari cinta sejati, sebab saya tahu. Awakk kebahagiaan saya, awak suka duka saya. Biarpun dulu ramai lelaki yang pernahh singgah kat hati saya, tapi percayalah awak yang paling istimewa. Saya ikhlas dengan awak, saya ikhlas terima semua kekurangan awak. even somestime ada sikit rasa takpuas hati, cemburu. tapi awak selalu meyakinkan. lagi satu, saya mintaa maaf sebab saya takmacam perempuan lain, yang selalu mesra kat mana sekalipun ada boyprennya. Minta maaf sebab saya takmesra dengan kawan kawan batch awak. mintaa maaf sebab takselalu ping awak, asyikk awak je ping saya, mintaa maaf sebab kadang kadang saya suka meleret leret, suka melulu, macam budak budak. Mintaa maaf semuanyaa :’( saya Cuma nak jadi yang terbaikk untuk awak. okay tu je laa.


Cukup untukk mengingatkan apa yang jadi sepanjang 2013. Aku makin dewasa, dan kadang kadang tu. Aku usaha nak jadi lebih matang. Umur pun makin meningkat. Saje kali ni posting banyak sikit untuk cerita cerita lepas. Aku still sama dan kalau ada rasa kata kata aku tu annoying, mintaa maaf ehh . Orang yang paham aku je yang tahu macam mana aku ni sama. Kalau rasa taknak dekat dengan aku, sila angkat kaki dan jalann. Okay jumpaa lagi nanti. Babai *lambai tangan