Sunday, 17 August 2014

Hari raya

Hai , lama takupdate kan, ape khabar ? Sihat ? Sedar tak sedar dah nak penghujung raya kan. Cepat sangat masa berlalu, memandangkan malam malam gini taktahu nak buat ape, saje nak ajak bercerita nak ajak berbual. Tengah buat ape ? Tahun ni raya lain sikit dr tahun lepas. Sebab tahun ni raya banyak duduk rumah, pegi beraya pun ada laa sekali dua. Entah mungkin dah besar, dah malas nak kesana sini.  Tapi apa pun raya tetap yg paling istimewa.
Raya kadang ada beberapa part kite rasa raya ni sungguh bermakna, didatangi dengan kebahagiaan. Kebahagiaan keluarga, kekasih yg dicinta, kawan kawan suka dan duka, bagi aku raya ni suatu yg paling istimewa. Alhamdulillah belum pernah dalam sejarah hidup aku, setiap kali hari raya, aku, keluarga bersedih. Bersyukur. Sungguh bersyukur.

This year tahun 2014 tahun yg orang kata dahh bukan budak budak lagi, bukan belasan tahun. Tapi mungkin tahun awal yg kane belajar lebih matang.
Aku still macam ni. Sama macam tahun tahun sebelum ni. Tapi cuma tahun ni raya lebih bermakna sebab raya tahun ni dengan orang baru, iyee tahun lepas pun dahh mula nak onyong onyang tapi tahun ni lebih rapat, lebih erat hehe. Kadang aku senyum sorang sorang. Bertuah sekali hidup aku, dengan kesederhanaan ni aku boleh buat hidup aku senyum gembira dengan asam garam hidup. Walau sentiasa masalah tu datang tapi still boleh tersenyum. Mak abah dengan keadaan yg sihat, abg arai, abang emi, sapik, eisya dan orang baru dalam keluarga ni adik aamir buat sesuatu yg tak ternilai berharganya. Aku terpikir keluarga ni anugerah hadiah untuk hidup kita. Tepulang pada diri kite nak jaga nilai hadiah ni macam mana, sebab hadiah kita terpulang pada kita,

Apa sebenarnya yg kite nak dalam hidup ni ? Kita tanya diri kita. Bagi aku tak ada apa yg lebih bermakna bila kita dapat ubah hidup kita jadi yg lebih baik. Haha tengok gaya bercakap dah macam pendakwah bebas, okay okayy tukar nada bercerita.

Kadang kadang hidup ni kelakar taw, bukan kelakar nak ketawa terbahak bahak tu, tapi kelakar yg boleh buat aku senyum sinis , bila kita buat baik, orang balas macam sampah, bila kite setia, orang balas dengan mendua, bila kita ikhlas, orang balas dengan dusta. Perkara biasa rasanya. Nak cari yang bebetul ikhlas tu mungkin sepuluh dalam seribu. Okay kite jangan cerita pasal orang laa cerita pasal diri kite sendiri. Apa kadang tu kau ikhlas buat sesuatu ? Mungkin kerana terpaksa untuk jaga hati orang. Sebab kite ni telah dihantukan dengan banyak kata kata yg lebih menjaga hati orang. Kelakarrr.

Hmm cuti pun dah habis, now dah sem 8 maknanya sem last, sem yg banyak kena belajar. Dann maka bermulalahh perasaan yg bercampur baur. Sem bahagia barangkali. Tahun last yg kena banyakk sabar. Kena sabar itu ini. Jangann cepat merungut InsyaAllah. Sekali je, sekali kite kuat selamanya kite kuat. Entahh kadang perasaan terasa tu jangan bagitahu kat orang kan. Tapi ada satu perasaan yg perlu dikongsi sama sama, kongsi atas bahu dia. Dy ketenangann untuk luah semua rasa. Ehh maluu laa. Hik

Tuhan, betapa aku bersyukur hidup ni terlalu indah, bahagia ni tak dapat diungkap dengan mulut, ada yang selalu bersedia menolong, ada yg selalu mendengar, yg selalu memberi kasih, orang yg tak pernah jemu melayan perangai buruk ni, perangai ngade, sungguh aku menghargai, menghargai cinta yang ada. Tahu ? Walau ada beberapa masalah tu datang, Allah bagi beberapa orang untuk sama sama rasa masalah ni. Tetap bersyukur. Sesekali tinggalkan sikit kesakitan semalam untuk kite hargai nilai harini.

Semoga hidup ni berjalan lebih baik caranya. Jumpa lagi bye :) selamat hariraya